Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 yang akan menggantikan Seksyen 27 Akta Polis akan dibentangkan minggu depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz.
"Pembentangan akan dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak minggu depan... Bagaimanapun tarikh pembentangan rang undang-undang itu masih belum ditetapkan," katanya.
Dalam perutusan khas sempena sambutan Hari Malaysia September lalu, Perdana Menteri mengumumkan kerajaan akan mengkaji semula Seksyen 27 Akta Polis dan diganti dengan akta baru serta cadangan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Kediaman Terhad.
Akta Kediaman Terhad dan Akta Buang Negeri telah dimansuhkan bulan lalu manakala ISA dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada Mac 2012.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis berkhatan beramai-ramai di Padang Rengas, semalam, Nazri yang juga ahli parlimen Padang Rengas berkata parlimen telah menetapkan empat hari iaitu 24, 29 dan 30 Nov serta 1 Dis ini bagi perbahasanan rang undang-undang baru itu.
Dalam perkembangan lain, Nazri menyambut baik cadangan Pengerusi DAP Karpal Singh supaya semua negeri mengambil ketetapan mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya umum (Parlimen).
Menurutnya, selain menjimatkan kos, cadangan itu memang dibolehkan tertakluk kepada pentadbiran negeri masing-masing.
- Bernama

No comments:
Post a Comment