Wednesday, October 12, 2011

Tol Cheras-Kajang naik 2013


Menteri kerja raya, Datuk Shaziman Abu Mansor hari ini berkata, kadar tol di Lebuhraya Cheras-Kajang akan dinaikkan pada tahun 2013.

Tempoh konsesi lebuhraya itu akan dilanjutkan selama tiga tahun lagi untuk menangani isu "kebocoran trafik" di lebuh raya berkenaan, katanya dalam satu jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.

"Bagaimanapun, kerajaan ketika ini masih sedang mengkaji pilihan yang dipertimbangkan sebagai langkah bagi meringankan pengguna," katanya lagi dalam satu jawapan di Dewan Rakyat.

"Kebocoran trafik" di kawasan Bandar Mahkota Cheras itu berlaku ekoran tindakan penduduk menggunakan satu jalan pintas yang membolehkan mereka mengelak daripada membayar tol.

Shaziman menjelaskan, tempoh asal konsesi tersebut ialah selama 30 tahun - daripada 19 September 1995 hingga 18 September 2025.

Konsesi berkenaan juga dilanjutkan sehingga 2030 kali ini kerana konsesi berkenaan telah dilanjutkan selama dua tahun pada Disember 2002, katanya, menjawab soalan Tan Kok Wai (DAP-Cheras).

Tambahnya, kerajaan telah menjelaskan pampasan tunai sebanyak RM105.15 juta kepada syarikat konsesi Grand Saga Sdn Bhd (GSSB) sehingga Disember 2010.

"Sebahagian besarnya disebabkan oleh penstrukturan semula kadar tol yang dimeterai melalui perjanjian konsesi tambahan pada 2002," katanya.

GSSB juga telah mengutip bayaran tol sebanyak RM585.5 juta sehingga Disember 2010 -- lebih rendah daripada unjuran sebanyak RM613.4 juta dalam perjanjian konsesi, tambahnya.

"Jumlah aliran trafik sebenar untuk tempoh sama ialah sebanyak 809.7 juta kenderaan berbanding unjuran trafik asal sebanyak 822.8 juta," katanya lagi.


 Imbas Kembali: dulu pak jib minta kementerian kaji hapus tol : HAPUS TOL (semasa majlis berbuka puasa bersama rakyat Selangor di Dataran Usahawan, Batu 14, Pekan Hulu Langat, 21/8/2011)

No comments:

Post a Comment