Tuesday, March 1, 2011

TSR bakal terlibat dengan projek MRT


Wahai penduduk TSR,
Pemuda tidak pasti seramai mana penduduk TSR menyedari bahawa taman kita akan terlibat secara langsung dengan Klang Valley Mass Rapid Transit (MRT) Project, namun di blog ini pihak pemuda ingin menjelaskan apa yang akan berlaku di TSR.

Projek pengangkutan awam ini yang akan meliputi perjalanan dari Sungai Buluh ke Kajang melalui pusat bandar Kuala Lumpur. Pembangunan milik kerajaan Malaysia melalui Syarikat Prasarana Negara Berhad akan diselia oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Pihak pemuda telah dimaklumkan bahawa, separuh dari taman kita terutamanya yang berada berhampiran lebuhraya grand saga, akan diambil bagi membina laluan MRT ini.

Sila lihat peta di bawah. Kotak hijau ialah taman kita, manakala laluan biru tersebut ialah laluan MRT. Kawasan kandang lembu sekarang akan dijadikan sub-terminal.

Sebahagian dari laluan MRT dari Sungai Buluh ke Kajang

Justeru, pihak pemuda memohon agar penduduk TSR bersatu hati membantah pengambilalihan ini, bukan atas dasar menolak pembangunan, cuma atas dasar pertimbangan bebanan yang akan dihadapi oleh jiran-jiran kita terbabit. Malah ada sahabat kita baru membeli rumah di kawasan yang terbabit.

Pemuda dapati, pengambilalihan tersebut boleh dielakkan sekiranya laluan MRT tersebut melalui sepanjang laluan lebuhraya Grand Saga tanpa memasuki taman kita.

InsyaALLAH MPP TSR akan merancang satu sesi dialog penduduk berhubung hal ini.

LINK (sila klik):-
PETA LALUAN MRT
Klang Valley Mass Rapid Transit (MRT) Project
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)

No comments:

Post a Comment