KUALA LUMPUR - Pas mendesak kerajaan mencari pendekatan terbaik menangani isu kenaikan harga barang keperluan bagi membantu rakyat dalam jangka masa pendek dan panjang.
Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, rakyat berpendapatan rendah kini tertekan beriku-tan kerajaan gagal menangani isu tersebut.
“Kerajaan tidak serius dalam perlaksanaan mengawal kenaikan harga barang, sama ada ketika musim perayaan ataupun hari biasa dan menyebabkan rakyat menerima akibatnya terutama mereka yang berpendapatan rendah.
“Malaysia adalah negara tertinggi di dunia kenaikan harga barang, oleh itu kerajaan harus bertindak dan mengambil langkah sewajarnya bagi mengatasinya,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen.
Terdahulu dalam sidang Parlimen, Siti Zailah mempertikaikan jawapan Timbalan Menteri, Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna, Datuk Tan Lian Hoe yang didakwa tidak memuaskan.
Siti Zailah berkata, jawapan diberikan timbalan menteri itu, begitu mudah seperti tiada usaha membantu rakyat.
“Beliau (Lian Hoe) menjadikan negara jiran yang dilanda banjir sebagai penyebab berlakunya kenaikan harga barang.
“Ini alasan yang tidak munasabah, kerana harga barangan melambung sebelum berlakunya banjir di negara tersebut,” katanya.
sinar harian/-
No comments:
Post a Comment