Gambar terakhir Allahyarham Kamarulzaman Abdullah yang aku ambil di Parlimen ketika Exco kerajaan negeri, Adun, anggota Parlimen, Gegar termasuk Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum, Datuk Husam Musa menyerahkan poster ucapan pemimpin terdahulu termasuk Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak berhubung royalti petroleum bagi mengingati ulang tahun ucapan allahyarham pada 12 November 1975.
Allahyarham Kamarulzaman adalah bekas pelajar sekolah Maahad Muhammadi dan merupakan ketua pengawas pada tahun 1997. Semasa beliau belajar di USM beliau adalah Presiden Gamis tahun 2001. Dan sebelum meninggalkan dunia, Allahyarham bekerja Pembantu Khas Datuk Husam Musa.
Pada pagi itu, arwah datang kepada aku dan bertanyakan aku ada bawa tak kamera. Aku jawab bawa, dia terus meminta pada aku menangkap gambarnya dan masih terngiang-ngiang lagi permintaanya menyuruh aku menangkap gambarnya dengan banyak. Dan kami saling berketawa dengan gurauanya itu. Tapi tidak aku sangka bahawa gurauannya itu adalah buat kali yang terakhir.
Allahyarham Kamarulzaman 'wira royalti' Kelantan dimana kali terakhir Allahyarham menukarkan gambar utama di Facebook adalah keratan akhbar berkenaan dengan minyak ditemui yang menunjukkan betapa serius dan mendalamnya dalam perjuangannya menuntut hak royalti Kelantan.
Menurut Datuk Husam Musa, dimana Allahyarham Kamarulzaman ini adalah pegawai khasnya yang banyak menyelidik dan mencari bukti bahawa minyak yang ditemui itu adalah hak milik rakyat Kelantan.
Kepada seluruh rakyat Kelantan, kita jangan mensia-siakan perjuangan yang telah dilakukan Allahyarham. Ayuh kita semua bersatu dan terus berjuang demi mendapatkan hak milik Kelantan.
Dan kepada Najib, lihat dan selamilah bagaimana kami daripada Kelantan dengan jalan yang agak tidak memuaskan datang ke Kuala Lumpur hanya ingin memberikan poster Ucapan berkenaan royalti dengan harapan royalti hak milik Kelantan akan dapat dirasai oleh semua rakyat Kelantan. Dan hari ini, kami rakyat Kelantan sudah hilang seorang pejuang dan adakah perjuangan yang dilakukan sahabat kami ini akan dilayan oleh kamu wahai anak Allahyarham Tun Razak.
Dan jika sudah satu nyawa sudah pun melayang demi memperjuangkan royalti masih tidak dapat memberi perhatian Encik Perdana Menteri? Apakah jenis perjuangan lagi yang harus kita semua lakukan?
Semoga Allahyarham Kamarulzaman ditempatkan orang-orang yang beriman.. (sumber : Jeming Hassan )
No comments:
Post a Comment