KUALA LUMPUR, 15 Nov: Pakatan Rakyat hari ini menyatakan komitmen akan memberi sokongan penuh kepada pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan dakwat kekal digunakan pada pilihan raya umum nanti. "Bagi memastikan pindaan tersebut dapat dilakukan, kesemua parti di dalam Pakatan Rakyat bersetuju memberi sokongan jika ia memerlukan undi 2/3 di dalam Dewan Rakyat," kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di pejabat ketua pembangkang di Parlimen hari ini. Menurut beliau, dengan komitmen yang dizahirkan Pakatan Rakyat itu, beliau mahu kerajaan terus berdolak dalih lagi dalam menyegerakan hal tersebut untuk dibawa ke parlimen. Sehubungan itu, beliau menggesa Peguam Negara menggemukakan draf berhubung pindaan perlembaagaan itu agar dapat dibahaskan pada persidangan Dewan Rakyat pada sesi kali ini. "Sebelum ini kenyataan Peguam Negara mengatakan penggunaan dakwat kekal hanya dapat dilakukan jika ada pindaan dalam Perlembagaan walaupun secara umum ramai pengamal media tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut. "Walaupun apa jua kenyataan kita tetap mengganggap ia sebagai elak atau dalih Peguam Negara untuk melambatkan proses ini. Saya ingin nyatakan Majlis Pakatan Rakyat bersedia terima kenyataan tersebut dengan syarat ia dilakukan segera," jelasnya merujuk kepada kenyataan Peguam Negara pada tahun 2008. Turut serta pada sidang media itu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan beberapa pimpinan kanan parti masing-masing. Sebelum ini penggunaan dakwat kekal telah dituntut oleh pembangkang sebelum pilihanraya umum 2008 lagi dan ia juga merupakan salah satu dari lapan tuntutan yang dikemukakan oleh BERSIH 2.0 sebelum ini. Rapat umum PR Sementara itu Anwar juga memberitahu bagi menjalinkan hubungan baik antara rakyat dan pemimpin Pakatan Rakyat satu Himpunan Rapat Umum Pakatan akan diadakan pada 4 Disember nanti di Stadium Melawati Shah Alam. "Kita akan lancarkan satu program pada 4 Disember oleh pimpinan Pakatan Rakyat di Stadium Melawati," jelas Anwar. Dalam pada itu Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menjelaskan program yang dijadualkan pada 4 Disember itu adalah untuk mewujudkan suasana mesra rakyat dengan pemimpin Pakatan Rakyat. "Selain himpunan tersebut kita juga telah berbincang dengan Sekteriat Pakatan Rakyat agar menyusun jadual di setiap peringkat negeri untuk kita membawa pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat turun ke bawah," jelasnya Mahfuz juga menjelaskan ia bukan sahaja melibatkan ceramah-ceramah umum tetapi juga mendekati rakyat secara terus untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh mereka di seluruh negara. Harakahdaily/- |
Tuesday, November 15, 2011
Dakwat kekal: Pakatan akan sokong pindaan perlembagaan
Dakwat kekal: Pakatan akan sokong pindaan perlembagaan:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment