SILA KLIK SINI
Monday, February 28, 2011
Sunday, February 27, 2011
Berolok-olok pula...
UMNO akan buat pemilihan olok-olok cawangan dan bahagian
27/02/2011 7:56pm
IPOH 27 Feb. - UMNO akan mengadakan pemilihan olok-olok di peringkat cawangan dan bahagian pada tahun ini sebagai persediaan memastikan proses pemilihan yang akan diadakan mengikut pindaan perlembagaan parti pada perhimpunan agung khas 2009 lalu berjalan lancar apabila dilaksanakan.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, walaupun tarikh pemilihan sebenar belum ditetapkan, persediaan perlu dibuat supaya pelaksanaannya nanti tidak menimbulkan sebarang masalah.
Katanya, UMNO telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas bagi memantau pemilihan olok-olok yang akan diadakan di peringkat bahagian dan cawangan.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Serentak Cawangan-Cawangan Umno Perak di sini hari ini, beliau berkata penubuhan jawatankuasa itu mendapat restu Majlis Tertinggi (MT). - Bernama
Pemuda: Boleh pula berolok-olok dengan urusan pemilihan. Adakah ini tahap kecerdikan bijak pandai mereka? JOM kita dengar pesan pak sheikh kita di bawah:
Friday, February 25, 2011
Apa Motif Najib?? Nak Ambil Hati Siapa?
Isu Kritikan Perdana Menteri Terhadap Ikhwanul Muslimin dan Sheikh Dr Yusof al Qardhawi
Parti Islam SeMalaysia (PAS) merasa sangat terkejut, kecewa dan teramat jengkel dengan tuduhan ekstrem yang diberikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak terhadap gerakan Islam antarabangsa Ikhwanul Muslimin dan Sheikh Dr Yusof al Qardhawi semasa menghadiri satu program di Istanbul beberapa hari yang lalu. Tuduhan yang dibuat terhadap gerakan Ikhwanul Muslimin (Ikhwan) dan tokoh-tokohnya seperti Sheikh Dr Yusof al Qardhawi itu adalah merupakan satu fitnah besar yang dibuat oleh golongan yang buta sejarah perjuangan menentang penjajahan dan bercakap mengikut selera hati golongan Barat yang memekakkan telinga kepada kebenaran. Ikhwan ditubuhkan untuk melaksanakan Islah dan tajdid berasaskan Al Quran dan Hadis, dengan memulakan perjuangannya secara jalan damai dan tidak pernah menyerah kalah terhadap kezaliman musuh sehingga ke hari ini. Ikhwan menyertai pilihanraya sejak awal lagi di Mesir, tetapi apabila pengaruh mereka tersebar luas, pergerakan ini diharamkan dan pemimpinnya dizalimi. Tuduhan bahawa Islam cenderung kepada keganasan adalah fitnah dan orang tersebut mesti segera bertaubat jika dalam dirinya masih ada iman sebesar zarah. Dalam masa yang sama, tindakan mengambil sikap dan pandangan Setiausaha Negara Amerika sebagai neraca menentukan jenis pemerintahan yang bersandarkan kepada Islam adalah tindakan orang yang tidak mempunyai jati diri sebagai seorang Islam dan sangat memalukan orang Islam itu sendiri.
Al Qardhawi juga adalah tokoh ulama berwibawa yang dilahirkan oleh Ikhwan. Dia berjaya meredakan golongan pelampau di kalangan pemuda Islam yang tidak sabar dengan kezaliman musuh sehinggalah mereka kembali ke pangkal jalan berjuang mengikut ajaran Islam yang sebenar. Malah Malaysia sendiri pernah memberikan Anugerah Maal Hijrah kepada beliau. Dengan ini saya mencabar kerajaan Malaysia menarik balik anugerah maal hijrah yang telah diberikan kepada Sheikh Dr Yusof al Qardhawi itu.
Sabtu, 3 Rabiul Awal 1432 H / 26 Februari 2011
Insurans Kenderaan Bermotor Naik, anda nak senyum je ke?
Insurans kenderaan bermotor naik mulai tahun depan
KUALA LUMPUR 25 Feb. - Insurans kenderaan bermotor negara akan meningkat secara berperingkat-peringkat bermula tahun hadapan hingga 2015 bagi mengimbangi kerugian yang ditanggung syarikat insurans.
Menurut Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Abu Hassan Alshari Yahaya, penstrukturan tersebut akan menyebabkan insurans motor akan meningkat setiap tahun.
Bagaimanapun ia tidak akan membebankan golongan berpendapatan rendah. - Utusan
Pemuda: "Bagaimanapun ia tidak akan membebankan golongan berpendapatan rendah"..bagaimana dia tahu ianya tidak membebankan??? Bangkitlah rakyat. Syarikat insurans rugi, rakyat kena tanggung? sewel lagi..
Thursday, February 24, 2011
Islam suku, Politik Suku...Benarkah?
Artikel tulisan Saudara Subky Latif tentang Islam dan hubungannya dengan politik. Katanya,
NOOR Azam dalam tulisan mingguannya dalam harian yang diterbitkan di Shah Alam bertanya apakah Islam itu agama atau politik?
Jawapannya ialah Islam adalah agama dan politik.
Isu ini bukan baru tetapi adalah soalan lama yang sudah banyak diperkatakan dalam masyarakat Malaysia sejak wujudnya parti politik yang berjuang atas landasan Islam.
Pada peringkat PAS baru muncul ketika sama masa dengan Umno diambil alih pimpinannya oleh Tunku Abdul Rahman Putra bahasa yang digunakan ialah agama tidak boleh dicampurkan dengan politik hatta ada mufti menasihatkan orang politik supaya meninggalkan politik di pagar masjid apabila memasuki masjid.
Pandangan yang mengatakan agama tidak boleh dicampurkan dengan politik adalah golongan sekular, suatu fahaman yang memisahkan politik dengan agama.
Pandangan ini tidak terpakai dalam Islam. Ia mungkin tepat bagi agama-agama lain yang mengira bahawa agama adalah urusan spiritual, mengenai peribadatan antara makhluk dengan Tuhan yang menciptanya saja.
Fikiran itu menyimpang dari maksud Islam sebagai agama dan peradaban yang sempurna. Tidak lengkap Islam sebagai sebuah agama jika tidak ada sistem pentadbiran dan cara hidupnya.
Dan politik itu sendiri akan hanyut jika ia tidak dikawal dan dipandu oleh ajaran agama.
Pandangan yang memisahkan politik dan agama dalam Islam ini bukan sekadar menguasai fikiran dan kepercayaan orang politik yang rata-rata mendapat pendidikan barat, tetapi ia juga mengongkong fikiran setengah badan dakwah dalam dan luar negeri.
Setengah kalangan pendakwah tidak menggunakan bahasa jangan dicampur adukkan Islam dengan politik atau politik mesti dipisahkan dari agama, tetapi mereka menggunakan bahasa, mana ada politik dalam Islam.
Politik itu adalah sains bagi mengatur kehidupan dan bernegara. Dunia dan negara itu diwujudkan adalah untuk kegunaan manusia dan untuk ditadbirkan oleh manusia.
Telah wujud jin sebelum manusia yang menduduki bumi tetapi ia tidak ditugaskan untuk mentadbir alam. Ia wujud untuk mengabdikan diri kepada Allah saja. Demikian juga kewujudan malaikat untuk beribadat dan menjalankan perintah Allah semata-mata.
Tetapi penciptaan manusia bermula dengan Adam adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah dan menjadi khalifah Allah di alam bumi. Kerja khalifah itu adalah kerja politik.
Keseluruhan para anbia menjalankan dua fungsi itu. Ada nabi memimpin umat tanpa menjadi pemerintah tetapi ada nabi menjadi raja dan pemerintah seperti Nabi Daud a.s, Nabi Sulaiman, Nabi Yusuf dan Nabi Ayub. Manakala nabi terakhir Rasulullah saw adalah imam dalam semua bidang baik dalam peribadatan dan urusan kenegaraan.
Al-Quran yang diturunkan bagi menjadi panduan manusia dan jin itu mengandungi urusan peribadatan dan urusan pimpinan serta pentadbiran. Ayat 2 surah al Baqarah bermaksud: Inilah kitab – Al-Quran – tidak ragu lagi adalah panduan bagi orang yang bertaqwa.
Sesiapa yang tidak berpandu kepada al-Quran bukan orang yang taqwa.
Ikrar dalam doa Iftitah di awal solat iaitu ‘solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah kerana Allah seru sekalian alam’. Dari ikrar ini disebutkan ibadat dan kehidupan itu disekalikan. Apakah yang terpenting dalam hidup selain dari politik yang menjadi alat kepada pentadbiran?
Mengeluarkan politik (hidup) dari ikrar ini menjadikan agama Islam itu tidak lengkap. Itulah fahaman sekular.
Sekarang sudah tidak ramai yang bercakap mengasingkan politik dari Islam. Hatta para pemimpin Umno sudah menerima, agama tidak boleh dipisahkan dari politik. Cuma yang kurang ialah tidak bercakap tentang dosa dan pahala dalam urusan dan perbincangan politik.
Golongan dakwah Pakistan yang berpegang tidak ada politik dalam Islam, gempar apabila Benazir Bhutto menjadi Perdana Menteri. Pada mereka ada yang tidak kena dari segi Islam. Mengapa Benazir jadi Perdana Menteri? Sebabnya kira-kira tiga juta yang layak mengundi tidak mengundi atau tidak pedulikan politik yang dianjurkan oleh Islam.
Tanpa disedari golongan dakwah yang mengatakan mana ada politik dalam Islam, telah terperangkap dalam sarang politik sekular sama seperti fahaman politik orang-orang barat yang jelas menentang Islam.
Agama dan politik saling melengkapi Islam yang dibawa Rasulullah saw. Islam itu adalah agama ibadat dan ia juga agama politik. Tidak lengkap Islam tanpa politik dan tidak lengkap ia tanpa ibadat.
Sumber:
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30967:islam-adalah-agama-dan-politik&catid=88:subky-latif&Itemid=130
Wednesday, February 23, 2011
Chua Jui Meng: Saya dah bertaubat!
TEMERLOH, 23 Feb: Naib Presiden PKR Datuk Chua Jui Meng mendedahkan ketika beliau berada dalam MCA telah berkali-kali menakut-nakutkan orang Cina supaya jangan menyokong PAS.
Katanya, antara lain beliau mengatakan jika PAS memerintah orang Cina akan dipotong ‘anu’ dan tidak boleh lagi makan ‘kerbau pendek’.
Bagaimanapun, bekas Menteri Kesihatan itu yang berceramah di Tapak Kompleks PAS Pahang di Kerdau kelmarin, mengaku kini beliau bertaubat dan tidak mahu lagi mengulangi penipuan yang sama.
“Saya masa dalam MCA berkempen memberitahu orang Cina jangan sokong PAS, sebab PAS nak bina negara Islam. Kalau negara Islam nanti anu orang Cina kena potong, tak boleh makan kerbau pendek.
“Itulah penipuan kami kepada orang Cina dan saya percaya ia berlanjutan hingga sekarang. Tapi hari ni saya nak minta maaf... saya taubat,” katanya sambil disambut dengan sorakan lebih 12,000 orang yang hadir.
Tambah bekas Naib Presiden MCA itu, beliau mendapati orang Cina pada masa ini tidak boleh ditipu atau tidak ditakut-takutkan lagi kepada PAS dan ini dibuktikan dengan sokongan majoriti entiti tersebut kepada PAS sejak pilihan raya umum (PRU) 2008 yang lalu.
Turut berceramah pada malam tersebut ialah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PKR Tian Chua dan beberapa orang lagi.
Chua selanjutnya menceritakan bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak jatuh kerana mengaut kekayaan melampau dengan keluarga beliau mempunyai kekayaan lebih RM270 bilion.
Tambahnya, sedangkan sejumlah besar rakyat hidup melarat dan dibelenggu kemiskinan sehinggalah mereka bangun memberontak.
“Saya nak beritahu apa bezanya dengan Malaysia, 11 juta penduduk di negara ini berpendapatan di bawah RM1,500 iaitu berstatus miskin jika dibandingkan dengan kos hidup. Dan 8 juta daripada mereka adalah orang Melayu.
“Satu perkara lagi yang mempunyai persamaan Malaysia dengan negara-negara Arab yang menghadapi kebangkitan rakyat itu ialah rasuah. Semasa saya mulai memasuki parlimen tiga dekad yang lalu kedudukan indeks rasuah Malaysia sekitar nombor 20.
“Tetapi ketika Perdana Menteri sekarang mengambil alih pemerintahan sudah berada di kedudukan ke 57,” katanya.
Jelasnya, beliau percaya jika rakyat dalam keadaan tertekan mereka akan bertindak untuk mendapatkan keadilan.
Pemuda: dia pun faham konsep taubat...
Tuesday, February 22, 2011
Gaddafi: Mereka itu Tikus dan Lipas
Muammar Gaddafi, manusia berusia 68 tahun ini telah mengetuai kerajaan Libya selama 41 tahun.
Dalam kejadian pembunuhan besar-besaran baru-baru ini, rejim Gaddafi mengatakan hanya 300 sahaja yang terbunuh bagi menangkis laporan sebelum yang mengatakan hampir 1,400 rakyat telah terbunuh semasa tunjuk perasaan berlangsung.
Dilaporkan bahwa rejim sewel Gaddafi telah mengarahkan jet-jet pejuang melepaskan tembakan dan bom ke arah penunjuk perasaan.
Gaddafi yang menyifatkan penunjuk perasaan sebagai 'tikus dan lipas' ini berhasrat untuk berjuang membunuh penunjuk perasaan hingga darahnya yang terakhir!
Gaddafi telah difatwakan halal untuk dibunuh oleh Iman Yusuf al-Qaradawi. Sila baca SINI.
Pemuda: Tikus dan lipas? membunuh 'tikus dan lipas' itu adalah berjuang?? sewel..memang sah gaddafi ni sewel, seperti diungkapkan di artikel INI .

Sunday, February 20, 2011
Menerjang Badai: 60 Tahun Mempersada Perjuangan - Buku Wajib Baca
Himpunan Pemuda 30K di Kota Sarang Semut, Kedah pada 19 Februari 2011 bersamaan 16 Rabiulawal 1432H mencatatkan sejarahnya yang tersendiri.
Antara agendanya termasuklah Perasmian buku Menerjang Badai: 60 Tahun Mempersada Perjuangan, yang ditulis oleh Ustaz Riduan Muhamad Nor. Rata-rata semasa himpunan berlangsung, pemuda yang hadir dari seluruh pelusuk negari membimbit buku hijau putih ini.
Ana ingin mencadangkan, agar ahli-ahli baru PAS khususnya Pemuda untuk mendapatkan buku ini. Sila baca dan fahami akan hasrat, keikhlasan, dan iltizam penulisnya.
Didalamnya, sarat dengan darah dan daging perjuangan PAS. Ana bukanlah insan yang layak mengulas buku ini, sejauh mana ianya menjawab buku Menuju PAS Baru, cuma ana rasakan ianya wajib dimiliki dan dikhatamkan oleh pejuang-pejuang PAS.
Mengapa ana kata begini? Ini kerana di dalamnya sahabat-sahabat akan menemui mutiara kecintaan kita kepada gerakan Islam ini. Susur galur perjuangan gerakan PAS diluahkan dengan hati dan perasaan. Bukan emosi...
Ayuh...

Perasmian dilakukan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Ustaz Hj Azizan bin Abdul Razak |
Himpunan 30K Pemuda PAS - Masa Untuk Berubah
Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Langat telah menghantar lebih kurang 135 pemuda ke Himpunan Pemuda PAS 30K di Kota Sarang Semut Kedah. Konvoi 3 bas yang bergerak dari Masjid Kajang kurang lebih jam 12.00 am 19 Feb 2011 telah dirasmikan oleh YDP PAS Kawasan Hulu Langat, Haji Razali Hasan.
Himpunan ini juga telah mencatat sejarah apabila penulis lirik lagu 'evergreen' ISABELA nyanyian Kumpulan Search yang terkenal suatu ketika dulu, yang kini juga seorang pelakon, pengacara dan pelawak, iaitu saudara Bob Lokman telah menyerahkan borang menjadi ahli PAS kepada Menteri Besar Kedah Dato' Seri Azizan Abdul Razak. Kecenderungan sejak kebelakangan ini untuk berlakun watak orang alim dan warak, juga menolak untuk menjadi juri program realiti ASTRO Raja Lawak rupa-rupanya hasil dari hidayah Allah membawa beliau bersama PAS.
Alhamdulillah, Konvoi Pemuda PAS Kawasan Hulu Langat telah selamat sampai kembali pada lebih kurang jam 12.30 am. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pemuda dan peserta yang berjaya bersama dengan konvoi tersebut.
Sumber berita dan foto - JemaahPhotog, TV PAS..
Lebih banyak foto di sini http://www.facebook.com/album.php?fbid=148123448582631&id=148121445249498&aid=30040

Wednesday, February 16, 2011
Ikhwan cadang tubuh parti
KAHERAH, 16 Feb: Ikhwan Muslimin Mesir berkata, mereka akan menubuhkan parti politik di negara itu jika diberi kebebasan berpolitik.
Ahli Biro Politik pertubuhan itu, Mohammed Mursi, berkata Ikhwanul Muslimin yakin dalam suasana negara itu kini, mereka akan dibenarkan menubuhkan parti politik, lapor AFP.
Harakahdaily/-
Pedas: kita doakan agar penubuhan parti ini berjaya, sebagai satu usaha pemangkin kebangkitan Islam.
Tuesday, February 15, 2011
Al Wala' dan Al Bara' - Nasrudin bin Hassan at Tantawi
Kertas kerja yang dibentangkan semasa usrah semalam (15.2.2011)
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله والصلا ة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن نصره و واله
1.0 Muqaddimah
Konsep al Wala’ dan al Bara’ perlu difahami malah dihayati oleh setiap individu muslim amnya dan pemimpin Gerakan Islam khasnya. Asasnya ialah untuk meletakkan kita jernih aqidah , tulen ibadah , benar amalan dan jelas fikrah bersama perjuangan Islam yang kita dokong biarpun kita berhadapan dengan apa jua situasi .
2.0 Pengertian Al Wala’ dan Al Bara’
2.1 Pengertian Al Wala’ dari segi bahasa
Berasal daripada perkataan ولى- يلى- وليا ولاية ولاءyang membawa maksud dekat, kasih, mengikut, memberi pertolongan, memberi perlindungan dan sebagainya[1].
2.2 Pengertian Al Bara’ dari segi bahasa
Berasal daripada perkataan برئ- يبرأ- براء براءة yang membawa maksud bebas, peringatan, tajarrud atau berlepas diri[2].
2.3 Pengertian Al Wala’ dari segi istilah
Tidak ada satu kalimah dalam bahasa Melayu yang dapat mengungkapkan secara keseluruhan makna wala’. Al Wala’ biasa ditakrifkan sebagai meletakkan kecintaan yang sebenar serta kesetiaan dan penghormatan yang tinggi kepada pimpinan yang disertakan dengan sokongan dan bantuan sama ada berbentuk nyata atau tidak.
Secara tepatnya kalimah wala’ terangkum di dalamnya beberapa pengertian iaitu;
Memberikan kasih-sayang Memberikan ta’at-setia yang tidak berbelah-bagi Mengangkat sebagai pemimpin, Mengormati, Menjadikannya sebagai teman-rapat atau sekutu, Memberi kepercayaan, Tempat mencurahkan bantuan dan pertolongan
2.4 Al Bara’ dari segi istilah
Syaikh Muhammad Al Qahtani menyebutkan Al Bara’ adalah[3]:
“Menjauhkan dan mengasingkan diri, bermusuhan setelah memberi peringatan”
Ia juga boleh difahami sebagai, tidak meletakkan kecintaan yang sebenar serta kesetiaan dan penghormatan yang tinggi kepada pimpinan, seterusnya membenci, menamatkan hubungan dan mengadakan permusuhan sama ada berbentuk nyata atau tidak
3.0 Konsep Al Wala’ dan Al Bara’ dalam Jama’ah Islam
3.1 Kepentingan Al Wala’ dan Al Bara’ dalam Jamaah Islam
Wala’ merupakan asas terpenting dalam sesebuah jamaah Islam. Setiap orang yang berada di dalam jamaah tersebut mestilah memberikan wala’ kepada pimpinan kerana tanpa wala’, sesebuah jamaah akan hancur dan mudah diperkotak-katikkan oleh pihak musuh yang akan mengakibatkan matlamat untuk menegakkan agama Allah SWT tinggal angan-angan sahaja. Saidina Umar ada menyatakan:
لا إسلام بلا جماعة ولا جماعة بلا أمير ولا أمير بلا طاعة
Tiada Islam tanpa jama’ah, tiada jama’ah tanpa pemimpin, tiada pemimpin tanpa ketaatan.
Islam mewajibkan penganutnya memberikan wala, ketaatan dan kesetiaan yang sepenuhnya kepada pimpinan dan haram sama sekali menderhaka atau enggan menurut perintah. Perkara ini dijelaskan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran:
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan kepada "Ulil-Amri" dari kalangan kamu[4].
Rasulullah juga menjelaskannya di dalam hadis Baginda:
حدَّثنا مسدَّد حدَّثَنا يحيى بن سعيد عن شعبةَ عن أبي التيّاح عن أَنس بن مالك رضيَ اللَّه عنه قال: قال رسول اللَّه صلى الله عليه وسلم: «اسمعوا وأطيعوا وإنِ استعملَ عليكم عبدٌ حبشيٌّ كأنَّ رأسه زَبيبة».
Dengar dan taatilah, walaupun kamu dipimpin oleh seorang hamba Habasyi yang rambutnya seperti kismis.[5]
Di dalam kitab النظام السياسى فى الاسلام Doktor Muhammad Abdul Qodir Abu Faris ada menyatakan tentang empat rukun utama kepada siasah atau pemerintahan Islam yang sebenar. Setiap pentadbiran atau kerajaan yang tidak memenuhi ciri-ciri tersebut, tidak boleh dinamakan dengan pentadbiran atau kerajaan Islam.
Rukun tersebut ialah:
1- الحاكمية لله 2-العدل والمساواة 3-الطاعة 4-الشورى
3.2 Syarat-syarat Al Wala’
Di sini jelas menunjukkan kepada kita bahawa Al Wala’ dan Al Bara’ merupakan suatu perkara yang sangat ditekankan oleh Islam. Namun, wala’ kepada pimpinan bukan berbentuk mutlak seperti Al-Wala’ yang diberikan kepada Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W. Ia perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
1- Pemimpin tersebut hendaklah menjalankan syariat Islam. Mana-mana pemimpin yang menolak hukum Allah SWT, maka haram kita memberikan wala’ kepada mereka. Firman Rabbul Izzati:
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Allah dan Rasul-Nya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari Akhirat. Yang demikian adalah lebih baik, dan lebih elok pula kesudahannya[6].
Ulamak tafsir menyatakan bahawa perkataan أطيعوا tidak diletakkan sebelum perkataan أولى الأمر kerana tidak semua pemimpin mesti ditaati. Seterusnya mereka menyatakan bahawa sekiranya pemimpin tidak mengikut syariat Islam maka rakyat yang berada di bawah tidak boleh taat dan hendaklah kembali kepada Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W.
2- Pemimpin tersebut mestilah memerintah dengan adil dan saksama bertepatan dengan Al-Quran dan Al-Sunnah. Maka kita hendaklah berlepas diri (bara’) daripada pemimpin yang zalim, melakukan penyelewengan dan tidak memerintah dengan adil. Kata Khaliq Azza Wa Jalla:
Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu supaya menyerahkan amanah kepada ahlinya, dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat[7].
3- Pemimpin tersebut hendaklah sentiasa menyuruh rakyatnya melakukan kebaikan dan melarang mereka daripada melakukan maksiat. Ketaatan tidak boleh diberikan kepada pemimpin yang menyuruh atau menggalakkan rakyatnya melakukan maksiat seperti mendirikan pusat-pusat pelacuran, hiburan, judi dan sebagainya.
Imam Muslim meriwayatkan satu kisah yang berlaku kepada utusan Nabi Muhammad S.A.W. yang diperintahkan oleh pemimpin mereka untuk masuk ke dalam api yang dinyalakan:
حدّثنا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى وَ ابْنُ بَشَّارٍ وَاللَّفْظُ لابْنِ الْمُثَنَّىٰ. قَالاَ: حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ. حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ زُبَيْدٍ عَنْ سَعْدِ بْنِ عُبَيْدَةَ عَنْ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَـٰنِ عَنْ عَلِيَ ، أَنَّ رَسُولَ اللّهِ بَعَثَ جَيْشاً وَأَمَّرَ عَلَيْهِمْ رَجُلاً. فَأَوْقَدَ نَاراً. وَقَالَ: ادْخُلُوهَا. فَأَرَادَ نَاسٌ أَنْ يَدْخُلُوهَا. وَقَالَ الآخَرُونَ: إنَّا قَدْ فَرَرْنَا مِنْهَا. فَذُكِرَ ذَلِكَ لِرَسُولِ اللّهِ فَقَالَ، لِلَّذِينَ أَرَادُوا أَنْ يَدْخُلُوهَا: «لَوْ دَخَلْتُمُوهَا لَمْ تَزَالُوا فِيهَا إلَىٰ يَوْمِ الْقِيَامَةِ» وَقَالَ لِلآخَرِينَ قَوْلاً حَسَناً. وَقَالَ: لاَ طَاعَةَ فِي مَعْصِيَةِ اللّهِ. إنَّمَا الطَّاعَةُ فِي الْمَعْرُوفِ
Nabi bersabda kepada golongan yang ingin mentaati perintah tersebut: “Sekiranya kamu masuk ke dalamnya nescaya kamu akan kekal di dalamnya sehingga hari kiamat.” Dan bersabda kepada mereka yang mengingkarinya dengan kata-kata yang baik: “Tiada ketaatan pada maksiat kepada Allah. Sesungguhnya ketaatan hanya kepada yang makruf.”[8]
Al-Imam ِAs-Syahid Hasan Al-Banna ada menyatakan:
"Apabila kerajaan itu dapat menunaikan kewajipan-kewajipan ini dengan sempurna, maka wajiblah ke atas rakyat seluruhnya menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bagi kepadanya serta memberikan pelbagai pertolongan dengan jiwa raga dan harta benda. Kita juga harus memahami bahawa pemimpin berhak menyuruh orang bawahannya melakukan perkara-perkara yang wajib, sunat dan harus. Manakala dalam masalah khilafiyah, rakyat wajib akur kepada arahan atau ijtihad pimpinan meskipun arahan atau ijtihad tersebut bercanggah dengan pendapat mereka supaya jamaah Islam tetap utuh dan tidak tergolong ke dalam mereka-mereka yang di murkai oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW".
Sabda Rasulullah SAW:
حدّثنا أبو النُّعمان حدَّثنا حمادُ بن زيدٍ عن الجَعدِ أبي عثمانَ حدَّثني أبو رجاءٍ العُطارديُّ قال: سمعت ابنَ عباسٍ رضي اللَّهُ عنهما عنِ النبيِّ صلى الله عليه وسلم قال: «من رأى من أميرِه شيئاً يكرَهه فلْيصبرْ عليه، فإِنه من فارقَ الجماعةَ شبراً فمات إلا مات مِيتةَ جاهليةً
Sesiapa yang melihat pemimpinnya perkara yang tidak disukainya, maka hendaklah dia bersabar. Sesungguhnya sesiapa yang memecah-belahkan jamaah walaupun sejengkal lalu mati, maka tidaklah matinya itu kecuali mati dalam keadaan jahiliyyah.[9]
Dan sabdanya lagi:
وَأَنَا آمُرُكُمْ بِخَمْسٍ الله أَمَرَنِي بِهِنَّ: السَّمْعِ وَالطَاعَةِ وَالْجِهَاد وَالْهِجْرَةِ وَالْجَمَاعَةِ، فَإِنَّهُ مَنْ فَارَقَ الْجَمَاعَةَ قِيْدَ شِبْرٍ، فَقَدْ خَلَعَ رِبْقَةَ الإِسْلاَمِ مِنْ عُنُقِهِ إِلاَّ أَنْ يرَجِعَ. وَمَنْ ادَّعَى دَعْوَى الْجَاهِلِّيةِ، فَإِنَّهُ مِنْ جُثَى جَهَنَّمَ، فَقَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولُ الله وَإِنْ صَلَّى وَصَامَ؟ فَقَالَ وَإِنْ صَلَّى وَصَامَ. فَادْعُوا بِدَعْوَى الله الَّذِي سَمَاكُم المُسْلِمِينَ المُؤْمِنينَ عِبَادَ الله...
“Aku menyuruh kamu dengan lima perkara yang Allah memerintahkan aku dengannya: Dengar, taat, jihad, hijrah dan jama’ah. Sesungguhnya sesiapa yang memecah belahkan jama’ah walau sejengkal, maka ia telah mencabut Islam dari lehernya, kecuali jika dia kembali. Sesiapa yang menyeru dengan seruah jahiliyyah, maka sesungguhnya dia sedang berjengket di atas neraka”. Lalu berkata seorang lelaki: “Wahai Rasulallah, walaupun dia solat dan puasa?” Jawab baginda: “Walaupun dia solat dan puasa. Serulah Allah yang menamakan kamu sekalian Muslimin Mukminin sebagai hamba-hamba Allah.”[10]
Kaedah menyebutkan:
الولاء لأهل الحق والبراء من أهل الباطل
al Wala' bagi ahli Haq ( orang yang perjuangkan kebenaran ) dan al Bara' daripada ahli batil ( orang yang melakukan kebatilan )
[1] Lihat Ibnu Manzur, Lisanul Arab, jld 3, m.s 985 – 986 dan Alfairuz Abadi, Alqamusul Muhit, jld 4, m.s 294, cet. 3
[2] Ibid, Ibnu Manzur, jld 1, m.s 183, ibid, Alfairuz Abadi, jld 1, m.s 8
[3] Lihat, Al Wala’ Wal Bara’ Fil Islam, m.s 90
[4] Surah An Nisa’ : 59
[5] Sahih Bukhari, jld 6,hadis 6723
[6] Surah An-Nisa : 59
[7] Surah An-Nisa : 58
[8] Sahih Muslim, jld 3, hadis no. 1840
[9] Sahih Bukhari, jld 6, hadis no. 6646
[10] Sunan Tirmizi, jld 8, hadis no. 2941
Al Wala' wa Al Bara'

Program Ziarah Sahabat Pemuda
Malam jumaat 11.2.2011, kami dimaklumkan bahawa anak sulung saudara Asror Saingon disyaki mengidap radang apendiks. Anaknya dirawat dan dibedah bagi mengeluarkan apendiks di Hospital Serdang, dan telah selamat pulang ke rumah pada 14.2.2011 yang lepas.
Pemuda TSR diwakili oleh saudara Ahmad Shukri dan saudara Abdul Halim sekeluarga telah menziarahi anak beliau semasa di hospital.
Semoga anak beliau beransur sembuh!
info apendik klik SINI
Friday, February 11, 2011
Katakan Tidak Pada Hari Kekasih
Kami Pemuda Islam, menyeru saudara seagama kami, agar tidak meraikan hari kekasih atau istilah komersilnya "Valentine Day", tetapi sama-samalah kita menyambut dan meraikan Hari Maulidul Rasul, itu yang terbaik!
Wednesday, February 9, 2011
Hidup Rakyat Marhaen Makin Tersepit
Membaca kenyataan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berhubung peningkatan hutang isu rumah sememangnya amat dinanti-nantikan bagi menyuarakan rintihan kebanyakan masyarat marhaen di Malaysia.
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali |
Beliau menyatakan beberapa fakta yang menarik untuk dikongsi bersama:-
[2/3]
"Dianggarkan dua per tiga gaji rakyat, khususnya yang berpendapatan rendah dan keluarga muda digunakan untuk membayar hutang rumah dan kereta, justeru baki untuk perbelanjaan makanan, pakaian dan pendidikan menjadi terlalu kecil."
komen kami rakyat marhaen: YA YA, kami setuju...bagi mereka yang tidak berhutang rumah, mereka menyewa rumah...ianya termasuk juga antara perbelanjaan kosisten setiap bulan..
Cukai di mana-mana
Pembelian kereta: 3 cukai sedia menanti iaitu cukai import, cukai eksais dan cukai jualan.Contoh:-
"...Kereta di bawah 1,500cc akan dikenakan sekurang-kurangnya 70 peratus cukai jika dipasang di Malaysia, iaitu 60 peratus untuk cukai eksais dan 10 peratus untuk cukai jualan, manakala cukai 100 peratus untuk kereta import, iaitu 30 peratus cukai import, 60 peratus cukai eksais dan 10 peratus cukai jualan. Ini bermakna bagi setiap kereta paling kecil dijual pada harga RM40,000, sebanyak RM16,500 cukai dibayar kepada kerajaan..."
komen kami rakyat marhaen: huhu..ini belum masuk cukai 6% perkhidmatan, cukai pintu, cukai tanah, cukai pendapatan...huhu
Hutang Sana Hutang Sini
"Pada akhir November 2010, hutang isi rumah negara sudah mencecah RM557 bilion, bersamaan dengan 74 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Daripada hutang berjumlah RM557 bilion ini, RM118 bilion adalah pinjaman kereta, RM22 bilion pinjaman peribadi dan RM225 bilion pinjaman perumahan. Jumlah hutang kad kredit yang ditanggung rakyat adalah tinggi, dianggarkan RM200 bilion, menunjukkan rakyat menggunakan kad kredit untuk menanggung perbelanjaan harian."
komen kami rakyat marhaen: haha..apabila kuasa membeli kurang, rakyat akan mencari alternatif lain untuk membeli, bukan untuk mengelak membeli...
Kemudian, apa penyelesaiannya?
"Beberapa siri rundingan dengan kumpulan pengguna dan pakar untuk mencari dasar bagi menghapus dan menyelesaikan masalah yang semakin menekan rakyat pada hari ini"
komen kami rakyat marhaen: OOO..maka besarlah harapan rakyat, agar solusi yang diberi benar-benar praktikal dan merangkumi rakyat terbanyak; bukan sekadar segelintir pihak sahaja.
Subscribe to:
Posts (Atom)