Showing posts with label Pemuda PAS. Show all posts
Showing posts with label Pemuda PAS. Show all posts

Tuesday, August 9, 2011

PEMASTAUTIN TETAP DIDAFTAR JADI PENGUNDI HANTU DI HULU LANGAT



LAPORAN POLIS KES KEWUJUDAN PEMEGANG IC MERAH DALAM DAFTAR PEMILIH HULU LANGAT.

KAJANG, 9 Julai 2011 (11.00 pagi) : PAS Kawasan Hulu Langat bersama Dewan Pemuda PAS Hulu Langat hadir ke IPD Kajang untuk membuat laporan polis berkaitan kes kewujudan pemegang IC merah di dalam senarai pengundi di kawasan Hulu Langat. Sejumlah 185 IC merah yg dicetak di bawa bersama ke IPD Kajang sebagai bahan bukti. YDP PAS Kawasan Hulu Langat, Tuan Hj. Razaly Hassan meminta pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia supaya mengambil tindakan segera dan pihak Jabatan Pendaftaran Negara digesa agar bertanggungjawab dalam perkara ini. “Kita juga meminta pihak SPR menggunakan dakwat kekal semasa pembuangan undi dan bukannya sistem biometrik yang mana keberkesanannya sangat meragukan,” katanya.

“Kesemua 185 nama yang dijadikan bukti adalah mereka yang didaftarkan sebagai pengundi di dalam kawasan Hulu Langat. Nama-nama tersebut wujud di dalam daftar pemilih dan apabila semakan dibuat melalui laman web Jabatan Pendaftaran Negara, kita dapati bahawa maklumat yang ada dalam Jabatan Pendaftaran Negara itu meragukan kerana masih lagi berstatus PR (Permanent Residence),” kata Jamzuri Ardani merangkap Naib YDP PAS Kawasan Hulu Langat.



Turut hadir sama ialah Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman dan Pengarah Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat, saudara Sany Hamzan.

SUK DPPKHL - Safuan
Foto: @shookcree zain

Sunday, February 20, 2011

Himpunan 30K Pemuda PAS - Masa Untuk Berubah

Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Langat telah menghantar lebih kurang 135 pemuda ke Himpunan Pemuda PAS 30K di Kota Sarang Semut Kedah. Konvoi 3 bas yang bergerak dari Masjid Kajang kurang lebih jam 12.00 am 19 Feb 2011 telah dirasmikan oleh YDP PAS Kawasan Hulu Langat, Haji Razali Hasan.











Himpunan ini juga telah mencatat sejarah apabila penulis lirik lagu 'evergreen' ISABELA nyanyian Kumpulan Search yang terkenal suatu ketika dulu, yang kini juga seorang pelakon, pengacara dan pelawak, iaitu saudara Bob Lokman telah menyerahkan borang menjadi ahli PAS kepada Menteri Besar Kedah Dato' Seri Azizan Abdul Razak. Kecenderungan sejak kebelakangan ini untuk berlakun watak orang alim dan warak, juga menolak untuk menjadi juri program realiti ASTRO Raja Lawak rupa-rupanya hasil dari hidayah Allah membawa beliau bersama PAS.




Alhamdulillah, Konvoi Pemuda PAS Kawasan Hulu Langat telah selamat sampai kembali pada lebih kurang jam 12.30 am. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pemuda dan peserta yang berjaya bersama dengan konvoi tersebut.




Sumber berita dan foto - JemaahPhotog, TV PAS..
Lebih banyak foto di sini http://www.facebook.com/album.php?fbid=148123448582631&id=148121445249498&aid=30040