Orang melayu sepatutnya memberi sokongan yang tidak berbelah-bagi kepada parti PAS supaya PAS dapat memerintah dan menyatukan orang melayu. PAS dengan slogan 'PAS Untuk Semua / PAS for All' sebagai Parti Islam adalah mengikut sunnah adil kepada semua tanpa mengira bangsa. Hasil dari keadilan dan ketelusan PAS, parti DAP yang turut bersama dalam Pakatan Rakyat juga telah mula memahami dan menyakini Islam & PAS. Ini terbukti dengan usaha beberapa wakil dari DAP dan PKR yang bukan muslim membaca ayat Al-Quran dan digunakan sebagai hujah nasihat semasa berceramah. Tidak mustahil suatu hari nanti mereka ini akan tertarik dengan Islam seterusnya memeluk agama Islam.
Berbanding dengan UMNO yang langsung tidak berusaha menunjukkan contoh sebagai umat islam apatah lagi menegur rakan sekutunya MCA yang telah menghina Islam secara terang terangan.
Hari ini 28 Januari 2011, banner kempen meniup semangat perkauman telah dipasang di simpang tiga Balai Polis Bt9 Cheras. Ini menunjukkan bahawa kempen 1 Malaysia yang dilaung-laungkan oleh PM Dato' Sri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak hanyalah hipokrit semata-mata demi mendapat sokongan bangsa lain selain dari melayu.
Ini juga jelas menunjukkan UMNO menggunakan semangat perkauman untuk mendapatkan sokongan orang melayu. Tetapi sebaliknya mereka tidak langsung membela orang melayu dan Agama Islam.
Foto di ambil dari Topeng Perak dan http://g-82.blogspot.com/ Al-BAKISTANI
No comments:
Post a Comment