Thursday, January 20, 2011

Ekspedisi Mendaki Bukit Broga

14 November 2010, Pemuda TSR bersama dengan JemaahPhotog telah berjaya menawan puncak Bukit Broga. Aktiviti tersebut dimulakan pada jam 3.45 am dengan program qiamullail di Surau Assobireen Taman Sri Raya. Seawal jam 4.15 pagi program diteruskan dengan bergerak ke Bukit Broga. Lebih kurang jam 4.30 Pemuda TSR memulakan pendakian dan berjaya sampai ke puncak ke3 Bukit Broga seterusnya menunaikan solat subuh secara berjemaah, walaupun dikelilingi dengan begitu ramai pengunjung yang beragama islam juga bukan muslim. Lebih kurang jam 8.15am Program diteruskan dengan program tazkirah dhuha yg mengambil masa lebih kurang 15 minit.



Pendakian diteruskan ke puncak ke2 dan seterusnya berjaya sampai ke puncak tertinggi Bukit Broga lebih kurang jam 9.30 am. Setelah menikmati keindahan ciptaan tuhan. Lebih kurang jam 10.00 am Pemuda TSR & JemaahPhotog mula turun dan sampai lebih kurang jam 10.45 am. Semua bersurai kira-kira jam 11.30 setelah mengambil sarapan disebuah gerai di Saujana Impian.










No comments:

Post a Comment