Wednesday, October 10, 2012

Report "Bicara Survival Ummah"

Alhamdulillah, meskipun hujan lebat sejak awal petang lagi, namun ianya bukan penyebab untuk pihak urusetia membatalkan program ini. Program ini diteruskan juga dengan lokasi forum berpindah ke Masjid Bt 10 Cheras.

Semangat tidak berputus asa pihak urusetia untuk memastikan program ini diteruskan sewajarnya dipuji. Berhadapan dengan situasi sebegini bukanlah mudah. Penulis percaya, program ini telah dirancang dengan rapi, tentunya selepas beberapa rentetan mesyuarat yang mendambakan akan masa dan komitmen mereka. Justeru, untuk membuat keputusan mudah dengan membatalkan program bukanlah pilihan urusetia.
Ust Saupi
Dr Raja Iskandar


Ust Fakhrurrazi


Program yang dipengerusikan oleh Ust Saupi Azran selaku moderator forum berlangsung bersama Dr Raja Iskandar dengan wacana nasib saudara kita di Rohingya, Ust Fakhrurrazi dengan isu terpinggirnya nasib saudara kita di Sulu, dan Sdr Hairie Othman dengan semangat hijrahnya.

Sdr Hairie Othman

Pada awal dan akhir program, hadirin disajikan dengan selawat cinta kepada rasulullah (Selawat Tobibiyah) yang dipimpin oleh Ust Fakrurrazi sendiri. Penulis terpana sebentar. Menghayati alunan selawat yang mendayu dan merdu. Penulis bersetuju dengan lontaran rasa Ust Fakrurrazi, beliau menekankan bahawa selawat sebegini amat penting agar kita tersedar akan keculasan diri kita sepanjang masa menginggati kecintaan kita kepada junjungan besar kita, Nabi Muhammad saw.

Tahniah sekali lagi kepada penganjur program. Diharap program sebegini ada rentetannya selepas ini. insyaALLAH

Urusetia

BICARA SURVIVAL UMMAH, 9 MLM INI


JOM PAKAT-PAKAT MERAMAIKAN,

BICARA SURVIVAL UMMAH
bersama 
DR RAJA ISKANDAR AL HISS (PRESIDEN SEARMY), 
UST FAKHRURRAZI (HARUM), &  
HAIRIE OTHMAN (ARTIS)

pada 
9 MALAM INI, 

di
PADANG AWAM TAMAN KOTA CHERAS FASA 1 
(BELAKANG PETRONAS) 

             SATU LAGI PROGRAM ANJURAN BIRO PEMUDA MASJID BATU 10, CHERAS

Wednesday, February 22, 2012

Penghantaran Terus Malaysia - Israel , Israel - Malaysia : Satu Jalan Perdagangan Rutin Biasa

Penghantaran Terus Malaysia - Israel , Israel - Malaysia : Satu Jalan Perdagangan Rutin Biasa:
29 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Masih bisu dan terkedu, regim masih gagal menjawab penghantaran Sawit bagi membantu ekonomi Israel. Kini terbongkar satu lagi data apabila satu carian di laman web http://www.linescape.com/ telah menemukan dengan jadual sebuah syarikat perkapalan yang membuat penghantaran terus dari Israel ke Malaysia.

Penghantaran melalui sebuah syarikat perkapalan ZIM (yang punya kepentingan Israel) dibuat terus dari Haifa (Israel) terus ke Perlabuhan Kelang di Selangor.

Kita merisikokan nyawa rakyat Malaysia dengan menghantar Kapal untuk ditahan tentera Israel tetapi dalam pada masa yang sama kita membenarkan kapal dagang berkepentingan Israel terus berdagang dan membuat hantaran terus dari Israel ke Malaysia.

Dr. Mahathir minggu lepas konon mengatakan betapa data permedagangan Israel - Malaysia dibekalkan oleh Israel ialah sebuah tuduhan terdesak. (klik sini untuk baca lanjut). Lihat sahaja data kemasukan perdagangan Israel melalui kapal ZIM ini hanya memerlukan carian di ruang awam maka terdedahlah hipokrasi regim Umno.

SAMM bagi pihak rakyat Malaysia dan masyarakat dunia yang prihatin dengan nasib Palestin masih menuntut jawapan dari regim mengenai pendedahan Malaysia menghantar sawit bagi membantu ekonomi Israel. (klik sini untuk data).

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Tuesday, February 21, 2012

Nik Aziz: Beza atau tak, PAS tetap tak iktiraf Israel

Nik Aziz: Beza atau tak, PAS tetap tak iktiraf Israel:

Nik Aziz: Beza atau tak, PAS tetap tak iktiraf Israel
6:08PM Feb 21, 2012

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini mengulangi pendirian parti Islam itu tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel, walaupun pandangannya mungkin berbeza dengan pihak lain.

"Saya ingin mengulangi pendirian saya dah Majlis Syura serta pendirian PAS khususnya bahawa tidak sekali-kali mengiktiraf walaupun seinci pun hak Yahudi terhadap bumi Palestin yang dirampas pada hari ini.

NONE"Berbeza atau tidak dengan sesiapa, PAS tetap dengan pendirian ini," katanya yang juga menteri besar Kelantan.

Nik Aziz pada 14 Februari lalu meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya yang didakwa menyokong usaha melindungi keselamatan Israel seperti dilaporkan The Wall Street Journal atau menyaman media itu jika laporannya tidak benar.

Berikutan itu, berlaku ketegangan seketika di kalangan penyokong Pakatan Rakyat. Namun, selepas pertemuan kedua-dua pemimpin utama pembangkang itu pagi tadi, Anwar berkata, mereka kini saling faham pendirian masing-masing, termasuk PAS yang tegas tentang Israel.

Dalam kenyataan di Facebook merujuk perkara itu petang ini, Nik Aziz bagaimanapun tidak menyentuh langsung sama ada beliau berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan Anwar kepadanya hari ini.

azlanNik Aziz sebaliknya mengambil peluang menempelak "pihak yang kelihatan sangat anti-Yahudi" tetapi tergamak menjalinkan hubungan dagang dengan Israel dan membenarkan pelabuhan negara disinggahi kapal Israel.

"Pihak-pihak ini hakikatnya hanyalah ayam jantan yang berkokok gagah sedangkan ekornya bergelumang najis!" katanya merujuk dakwaan kapal Israel dikesan berlabuh di Pelabuhan Klang.

NGO mesra PKR, JINGGA 13, semalam membekalkan "bukti" menunjukkan kapal-kapal yang dimiliki sebuah syarikat yang didakwa dikuasai oleh kerajaan Israel mempunyai akses bebas ke Westport, Pelabuhan Klang.

Mendedahkan dokumen dari Jabatan Kastam, Wesport dan syarikat Zim Integrated Shipping Services Ltd, Jingga 13 mendakwa kapal Zim Atlantic yang berlabuh di Pelabuhan Klang pada 16 Februari lalu datang secara langsung dari pelabuhan Ashdod di Israel.

NONEBagaimanapun, semalam Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir dilaporkan berkata kerajaan tidak melarang perdagangan antara syarikat swasta negara ini dengan ahli-ahli perniagaan Israel.

Justeru, katanya, kapal-kapal yang dimiliki oleh Israel juga dibenarkan berlabuh di pelabuhan di Malaysia untuk tujuan perdagangan tetapi dengan syarat bahawa anak kapal yang memegang pasport Israel dilarang daripada mendarat.


Source: http://malaysiakini.com/news/189850

Thursday, February 2, 2012

Baucer buku 1Malaysia tidak berkesan

Baucer buku 1Malaysia tidak berkesan:
10 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 3 Feb: Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan menyifatkan baucer buku 1Malaysia tidak berkesan melainkan ianya dipanjangkan tempoh sehingga ke satu tarikh yang munasabah.

Ini, katanya kerana baucer buku dikeluarkan saat para pelajar menghadapi pepepriksaan akhir dan selepas peperiksaan mereka akan bercuti panjang sedangkan tempoh sah baucer pula akan tamat pada 31 Mac depan.

Baucer itu juga, katanya tidak boleh dijual beli dan hanya dibenar untuk menukarnya dengan buku pada nilai RM200 sahaja.

Justeru, ujarnya baucer itu seeloknya diberikan di awal pembukaan semester untuk sesi baru pengajian kerana waktu itulah mereka memerlukan buku.

Tambahnya, begitu juga jika diberikan pada permulaan pengajian matrikulasi atau sewaktu Pesta Buku Antarabangsa pada bulan April.

“Baucer tidak menepati masa yang sesuai dan inilah menyebabkan sebahagian pihak menjual baucer tersebut untuk mendapatkan wang tunai,” katanya kepada Harakahdaily.

Ini, ujarnya kerana keperluan mereka buat masa ini bukan buku disebabkan peperiksaan akhir telah berlangsung dan mereka akan bercuti.

Justeru itu, katanya Dewan Pemuda PAS Malaysia menyarankan agar kerajaan mengkaji juga bebanan lain yang dihadapi oleh mahasiswa seperti kos yuran, sewa rumah yang tinggi, kos hidup, PTPTN dan lain-lain.

“Sedang Islam meletakkan bahawa kerajaan wajib memberi pendidikan percuma pada rakyat bukan sekadar anugerah wang one off seperti baucer buku tersebut,” katanya.

Harakah Daily

Thursday, January 26, 2012

Sombong bukan akhlak ahli PAS

Sombong bukan akhlak ahli PAS:
2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Sombong, bongkak, angkuh, atau takbur mempunyai satu pengertian yang sama iaitu tergolong dari sifat mazmumah (sifat-sifat tercela atau keji). Sifat ini, walaupun sedikit, menjadi kebencian dan kemurkaan Allah. Dan boleh menghalang kita mendapat Syurga.

Firman Allah yang bermaksud:

“Sesungguhnya mereka yang sombong untuk taat sebagai hamba-Ku, mereka akan masuk neraka jahanam sebagai makhluk yang hina-dina.” - (Al-Mukmin: 60).

Sifat sombong atau takbur boleh dibahagi kepada dua: takbur zahir dan takbur batin. Takbur zahir boleh dilihat melalui percakapan dan tindakannya. Gayanya angkuh, mulutnya tajam, mudah menghina orang yang dianggapnya lebih rendah daripadanya. Kadangkala ia boleh dilihat melalui percakapan seperti tidak mahu mengaku kalah, menganggap dirinya sentiasa benar dan tidak mahu mendengar atau mengikut nasihat.

Imam Al-Ghazali berkata:

“Orang yang takbur ialah apabila ditegur dia marah, sedangkan kalau menegur orang lain, caranya keras dan kasar.”

Takbur batin ialah membesarkan diri dalam hati. Inilah maksiat hati yang dicela. Contohnya iblis menganggap dirinya lebih baik dan mulia daripada Nabi Adam. Lalu dengan angkuhnya dia enggan tunduk kepada Nabi Adam sehingga menyebabkan Allah melaknat Iblis dan seluruh keturunannya.

Sombong adalah penyakit hati yang bahaya. Orang yang berpenyakit ini tidak boleh menjadi pemimpin jamaah terutamanya. Ditakuti melalui tindak-tanduknya akan menampakkan akhlaknya yang buruk. Lebih bahaya lagi jika dia mewakili jemaah kerana nama jemaah akan turut buruk.

Sifat ini boleh membawa kebinasaan kepada petugas dan pemimpin jamaah. Kerana sifat takbur ia menjadi benteng penghalang masyarakat untuk rapat dengan dia dan jamaah.

Orang yang takbur mereka lupa bahawa sombong adalah pakaian Allah, iaitu hak uluhiyah-Nya yang tidak boleh dirampas oleh sesiapa seperti dinyatakan dalam hadis yang diriwayatkan Muslim:

Rasulullah Saw bersabda: “Allah Swt berfirman; Kemuliaan adalah pakaian-Ku, sedangkan sombong adalah selendang-Ku. Barang siapa yang melepaskan keduanya dari-Ku, maka Aku akan menyiksanya”. [HR Muslim]

Tanda-tanda sifat takbur dalam berbagai bentuk

-Tidak mahu bergaul dengan orang miskin sebaliknya suka memandang berat kepada golongan kaya dan orang kenamaan.
-Mengambil berat secara berlebihan dalam pakaian.
-Tidak mahu berucap melainkan dalam perhimpunan yang dihadiri ramai orang.
-Menggunakan bahasa yang payah dan berbunga dengan berlebihan sehingga sukar difahami. Inilah yang diperingat oleh baginda nabi Muhammad SAW

“Sesungguhnya Allah benci kepada pemidato dari (golongan lelaki) yang memilih (kata-kata) dengan lidahnya seperti lembu memilih-milih (rumput) dengan lidahnya” (Abu Daud dan al-Tirmizi)

-Kagum dengan ilmu sendiri dan membodohkan orang lain

Cara untuk mengubat

Untuk mengatasi penyakit ini kita mesti bersifat tawaduk. Orang yang tawaduk dia hidup dengan semua orang dan bersedia menyambut semua orang, bercakap dengan semua orang, menziarahi semua orang dan mengasihi semua orang. Dia memberi khidmatnya kepada orang. Beliau sentiasa berhubung dengan orang ramai bukan memutuskan dan menjauhi mereka.

Sebagai ahli PAS hendaklah mesti bersikap rendah diri sama ada sesama anggota atau dengan orang lain lebih-lebih lagi yang bertaraf pemimpin. Railah ahli PAS, bukan wang yang mereka minta. Mereka hanya perlukan senyuman, teguran dan sentuhan daripada pemimpin. Ini sahaja yang mereka minta. Mereka tidak minta upah semasa mereka memenangkan kita sebagai wakil rakyat. Mereka meninggalkan kerja harian, untuk bertugas kepada calon yang bertanding, walaupun keluarga mereka memerlukan perbelanjaan harian. Mereka tidak pernah merungut dan mengeluh terhadap curahan tenaga mereka yang tidak pernah dibayar.

Walaupun kita bijak macam mana sekalipun, dia perlu membuang sifat ego daripada dirinya. Kerana yang ia memimpin ini satu jamaah Islam, bukan badan kerajaan atau swasta, bukan gerakan elit, ahlinya bekerja secara sukarela bukan ada gaji. Apabila ini dapat dibuktikan dalam jamaah insyaAllah ia akan merancakkan kerja jamaah dan dapat melebarkan pengaruh PAS kepada orang luar. Sekiranya ahli dan pemimpin PAS dengan sifat ego dan merasakan dirinya pandai dan bijak maka ia tidak akan boleh membawa parti ke arah yang lebih cemerlang. Orang ego dan sombong tidak boleh kekal lama dalam Pas dan memajukan jamaah dengan lebih cemerlang. Malahan akan memalapkan usaha dan perancangan jamaah.

Abdullah Ibn Masud ada menyebut dua perkara yang membinasakan manusia iaitu berputus asa dan rasa bangga diri.

Sifat tawadhuk akan membuka hati mad’u untuk tertarik dengan apa yang dibawa oleh PAS. Mereka apabila bertemu dengan orang ramai, dia yang memulakan salam dengan semua yang ditemuinya. Mereka bersikap sederhana ketika berkumpul dengan orang-orang fakir dalam satu majlis. Mereka makan dengan apa yang dihidangkan kepadanya dan berjalan di atas muka bumi dengan rasa rendah hati.

Firman Allah s.w.t

“Dan hamba Allah yang baik; ialah orang-orang yang berjalan di atas muka bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang mengandungi keselamatan (kesejahteraan) (al-Furqan: 63)

Merendah diri dan menerima kebenaran dan bersedia mengikutnya sekalipun orang-orang jahil menasihatinya. Takabbur atau sombong sangat dibenci oleh Allah dan juga oleh manusia lain. Kemuliaan di sisi Allah diukur dari segi ketaqwaan seseorang itu bukannya pangkat, harta dan lain-lain.

Juga sabdanya s.a.w.:

“Barangsiapa yang merendahkan diri kerana Allah, maka ia diangkat darjatnya oleh Allah dan barangsiapa yang sombong, maka direndahkan tingkatnya oleh Allah.”

Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepadaku agar kamu bersifat tawadhuk sehingga seorang tidak merasa megah terhadap seorang yang lain, dan juga tidak bersikap melampau di antara seseorang dengan seorang yang lain” (Muslim dan Abu Daud) Nasih : 38

Imam Ghazali telah memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takbur ini. Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum dibebani dosa.

Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah juga mereka lebih mulia kerana lebih lama beribadah daripada kita.

Ketika berjumpa orang alim, anggaplah beliau lebih mulia kerana banyak ilmu dan apabila melihat orang jahil anggaplah juga mereka lebih mulia kerana berbuat dosa disebabkan kejahilan sedangkan kita berbuat dosa dalam keadaan mengetahuinya.

Jika berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakanlah mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu akhirnya. Begitu juga apabila bertemu orang kafir. Katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.

Harakah Daily