Sunday, February 27, 2011

Berolok-olok pula...

 

UMNO akan buat pemilihan olok-olok cawangan dan bahagian

27/02/2011 7:56pm

IPOH 27 Feb. - UMNO akan mengadakan pemilihan olok-olok di peringkat cawangan dan bahagian pada tahun ini sebagai persediaan memastikan proses pemilihan yang akan diadakan mengikut pindaan perlembagaan parti pada perhimpunan agung khas 2009 lalu berjalan lancar apabila dilaksanakan.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, walaupun tarikh pemilihan sebenar belum ditetapkan, persediaan perlu dibuat supaya pelaksanaannya nanti tidak menimbulkan sebarang masalah.
Katanya, UMNO telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas bagi memantau pemilihan olok-olok yang akan diadakan di peringkat bahagian dan cawangan.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Serentak Cawangan-Cawangan Umno Perak di sini hari ini, beliau berkata penubuhan jawatankuasa itu mendapat restu Majlis Tertinggi (MT). - Bernama

Pemuda: Boleh pula berolok-olok dengan urusan pemilihan. Adakah ini tahap kecerdikan bijak pandai mereka? JOM kita dengar pesan pak sheikh kita di bawah:

Friday, February 25, 2011

Apa Motif Najib?? Nak Ambil Hati Siapa?

Isu Kritikan Perdana Menteri Terhadap Ikhwanul Muslimin dan Sheikh Dr Yusof al Qardhawi



Parti Islam SeMalaysia (PAS) merasa sangat terkejut, kecewa dan teramat jengkel dengan tuduhan ekstrem yang diberikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak terhadap gerakan Islam antarabangsa Ikhwanul Muslimin dan Sheikh Dr Yusof al Qardhawi semasa menghadiri satu program di Istanbul beberapa hari yang lalu. Tuduhan yang dibuat terhadap gerakan Ikhwanul Muslimin (Ikhwan) dan tokoh-tokohnya seperti Sheikh Dr Yusof al Qardhawi itu adalah merupakan satu fitnah besar yang dibuat oleh golongan yang buta sejarah perjuangan menentang penjajahan dan bercakap mengikut selera hati golongan Barat yang memekakkan telinga kepada kebenaran. Ikhwan ditubuhkan untuk melaksanakan Islah dan tajdid berasaskan Al Quran dan Hadis, dengan memulakan perjuangannya secara jalan damai dan tidak pernah menyerah kalah terhadap kezaliman musuh sehingga ke hari ini. Ikhwan menyertai pilihanraya sejak awal lagi di Mesir, tetapi apabila pengaruh mereka tersebar luas, pergerakan ini diharamkan dan pemimpinnya dizalimi. Tuduhan bahawa Islam cenderung kepada keganasan adalah fitnah dan orang tersebut mesti segera bertaubat jika dalam dirinya masih ada iman sebesar zarah. Dalam masa yang sama, tindakan mengambil sikap dan pandangan Setiausaha Negara Amerika sebagai neraca menentukan jenis pemerintahan yang bersandarkan kepada Islam adalah tindakan orang yang tidak mempunyai jati diri sebagai seorang Islam dan sangat memalukan orang Islam itu sendiri.


Al Qardhawi juga adalah tokoh ulama berwibawa yang dilahirkan oleh Ikhwan. Dia berjaya meredakan golongan pelampau di kalangan pemuda Islam yang tidak sabar dengan kezaliman musuh sehinggalah mereka kembali ke pangkal jalan berjuang mengikut ajaran Islam yang sebenar. Malah Malaysia sendiri pernah memberikan Anugerah Maal Hijrah kepada beliau. Dengan ini saya mencabar kerajaan Malaysia menarik balik anugerah maal hijrah yang telah diberikan kepada Sheikh Dr Yusof al Qardhawi itu.


Sabtu, 3 Rabiul Awal 1432 H / 26 Februari 2011

Insurans Kenderaan Bermotor Naik, anda nak senyum je ke?

Insurans kenderaan bermotor naik mulai tahun depan


KUALA LUMPUR 25 Feb. - Insurans kenderaan bermotor negara akan meningkat secara berperingkat-peringkat bermula tahun hadapan hingga 2015 bagi mengimbangi kerugian yang ditanggung syarikat insurans.
Menurut Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Abu Hassan Alshari Yahaya, penstrukturan tersebut akan menyebabkan insurans motor akan meningkat setiap tahun.

Bagaimanapun ia tidak akan membebankan golongan berpendapatan rendah. - Utusan


Pemuda: "Bagaimanapun ia tidak akan membebankan golongan berpendapatan rendah"..bagaimana dia tahu ianya tidak membebankan??? Bangkitlah rakyat. Syarikat insurans rugi, rakyat kena tanggung? sewel lagi..

Thursday, February 24, 2011

Islam suku, Politik Suku...Benarkah?


 
Artikel tulisan Saudara Subky Latif tentang Islam dan hubungannya dengan politik. Katanya,

NOOR Azam dalam tulisan mingguannya dalam harian yang diterbitkan di Shah Alam bertanya apakah Islam itu agama atau politik?

Jawapannya ialah Islam adalah agama dan politik.

Isu ini bukan baru tetapi adalah soalan lama yang sudah banyak diperkatakan dalam masyarakat Malaysia sejak wujudnya parti politik yang berjuang atas landasan Islam.

Pada peringkat PAS baru muncul ketika sama masa dengan Umno diambil alih pimpinannya oleh Tunku Abdul Rahman Putra bahasa yang digunakan ialah agama tidak boleh dicampurkan dengan politik hatta ada mufti menasihatkan orang politik supaya meninggalkan politik di pagar masjid apabila memasuki masjid.

Pandangan yang mengatakan agama tidak boleh dicampurkan dengan politik adalah golongan sekular, suatu fahaman yang memisahkan politik dengan agama.

Pandangan ini tidak terpakai dalam Islam. Ia mungkin tepat bagi agama-agama lain yang mengira bahawa agama adalah urusan spiritual, mengenai peribadatan antara makhluk dengan Tuhan yang menciptanya saja.
Fikiran itu menyimpang dari maksud Islam sebagai agama dan peradaban yang sempurna. Tidak lengkap Islam sebagai sebuah agama jika tidak ada sistem pentadbiran dan cara hidupnya.

Dan politik itu sendiri akan hanyut jika ia tidak dikawal dan dipandu oleh ajaran agama.

Pandangan yang memisahkan politik dan agama dalam Islam ini bukan sekadar menguasai fikiran dan kepercayaan orang politik yang rata-rata mendapat pendidikan barat, tetapi ia juga mengongkong fikiran setengah badan dakwah dalam dan luar negeri.

Setengah kalangan pendakwah tidak menggunakan bahasa jangan dicampur adukkan Islam dengan politik atau politik mesti dipisahkan dari agama, tetapi mereka menggunakan bahasa, mana ada politik dalam Islam.
Politik itu adalah sains bagi mengatur kehidupan dan bernegara. Dunia dan negara itu diwujudkan adalah untuk kegunaan manusia dan untuk ditadbirkan oleh manusia.

Telah wujud jin sebelum manusia yang menduduki bumi tetapi ia tidak ditugaskan untuk mentadbir alam. Ia wujud untuk mengabdikan diri kepada Allah saja. Demikian juga kewujudan malaikat untuk beribadat dan menjalankan perintah Allah semata-mata.

Tetapi penciptaan manusia bermula dengan Adam adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah dan menjadi khalifah Allah di alam bumi. Kerja khalifah itu adalah kerja politik.

Keseluruhan para anbia menjalankan dua fungsi itu. Ada nabi memimpin umat tanpa menjadi pemerintah tetapi ada nabi menjadi raja dan pemerintah seperti Nabi Daud a.s, Nabi Sulaiman, Nabi Yusuf dan Nabi Ayub. Manakala nabi terakhir Rasulullah saw adalah imam dalam semua bidang baik dalam peribadatan dan urusan kenegaraan.

Al-Quran yang diturunkan bagi menjadi panduan manusia dan jin itu mengandungi urusan peribadatan dan urusan pimpinan serta pentadbiran. Ayat 2 surah al Baqarah bermaksud: Inilah kitab – Al-Quran – tidak ragu lagi adalah panduan bagi orang yang bertaqwa.

Sesiapa yang tidak berpandu kepada al-Quran bukan orang yang taqwa.

Ikrar dalam doa Iftitah di awal solat iaitu ‘solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah kerana Allah seru sekalian alam’. Dari ikrar ini disebutkan ibadat dan kehidupan itu disekalikan. Apakah yang terpenting dalam hidup selain dari politik yang menjadi alat kepada pentadbiran?

Mengeluarkan politik (hidup) dari ikrar ini menjadikan agama Islam itu tidak lengkap. Itulah fahaman sekular.
Sekarang sudah tidak ramai yang bercakap mengasingkan politik dari Islam. Hatta para pemimpin Umno sudah menerima, agama tidak boleh dipisahkan dari politik. Cuma yang kurang ialah tidak bercakap tentang dosa dan pahala dalam urusan dan perbincangan politik.

Golongan dakwah Pakistan yang berpegang tidak ada politik dalam Islam, gempar apabila Benazir Bhutto menjadi Perdana Menteri. Pada mereka ada yang tidak kena dari segi Islam. Mengapa Benazir jadi Perdana Menteri? Sebabnya kira-kira tiga juta yang layak mengundi tidak mengundi atau tidak pedulikan politik yang dianjurkan oleh Islam.

Tanpa disedari golongan dakwah yang mengatakan mana ada politik dalam Islam, telah terperangkap dalam sarang politik sekular sama seperti fahaman politik orang-orang barat yang jelas menentang Islam.
Agama dan politik saling melengkapi Islam yang dibawa Rasulullah saw. Islam itu adalah agama ibadat dan ia juga agama politik. Tidak lengkap Islam tanpa politik dan tidak lengkap ia tanpa ibadat.

Sumber: 
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30967:islam-adalah-agama-dan-politik&catid=88:subky-latif&Itemid=130

Wednesday, February 23, 2011

Chua Jui Meng: Saya dah bertaubat!


TEMERLOH, 23 Feb: Naib Presiden PKR Datuk Chua Jui Meng mendedahkan ketika beliau berada dalam MCA telah berkali-kali menakut-nakutkan orang Cina supaya jangan menyokong PAS.

Katanya, antara lain beliau mengatakan jika PAS memerintah orang Cina akan dipotong ‘anu’ dan tidak boleh lagi makan ‘kerbau pendek’.

Bagaimanapun, bekas Menteri Kesihatan itu yang berceramah di Tapak Kompleks PAS Pahang di Kerdau kelmarin, mengaku kini beliau bertaubat dan tidak mahu lagi mengulangi penipuan yang sama.

“Saya masa dalam MCA berkempen memberitahu orang Cina jangan sokong PAS, sebab PAS nak bina negara Islam. Kalau negara Islam nanti anu orang Cina kena potong, tak boleh makan kerbau pendek.

“Itulah penipuan kami kepada orang Cina dan saya percaya ia berlanjutan hingga sekarang. Tapi hari ni saya nak minta maaf... saya taubat,” katanya sambil disambut dengan sorakan lebih 12,000 orang yang hadir.

Tambah bekas Naib Presiden MCA itu, beliau mendapati orang Cina pada masa ini tidak boleh ditipu atau tidak ditakut-takutkan lagi kepada PAS dan ini dibuktikan dengan sokongan majoriti entiti tersebut kepada PAS sejak pilihan raya umum (PRU) 2008 yang lalu.

Turut berceramah pada malam tersebut ialah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PKR Tian Chua dan beberapa orang lagi.

Chua selanjutnya menceritakan bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak jatuh kerana mengaut kekayaan melampau dengan keluarga beliau mempunyai kekayaan lebih RM270 bilion.

Tambahnya, sedangkan sejumlah besar rakyat hidup melarat dan dibelenggu kemiskinan sehinggalah mereka bangun memberontak.

“Saya nak beritahu apa bezanya dengan Malaysia, 11 juta penduduk di negara ini berpendapatan di bawah RM1,500 iaitu berstatus miskin jika dibandingkan dengan kos hidup. Dan 8 juta daripada mereka adalah orang Melayu.

“Satu perkara lagi yang mempunyai persamaan Malaysia dengan negara-negara Arab yang menghadapi kebangkitan rakyat itu ialah rasuah. Semasa saya mulai memasuki parlimen tiga dekad yang lalu kedudukan indeks rasuah Malaysia sekitar nombor 20.

“Tetapi ketika Perdana Menteri sekarang mengambil alih pemerintahan sudah berada di kedudukan ke 57,” katanya.

Jelasnya, beliau percaya jika rakyat dalam keadaan tertekan mereka akan bertindak untuk mendapatkan keadilan.
sumber: Harakahdaily

Pemuda: dia pun faham konsep taubat...

Tuesday, February 22, 2011