Monday, December 19, 2011

Tarik anak muda ceburi politik

Tarik anak muda ceburi politik:
24 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA KLAWANG - Media baru menjadi salah satu faktor penarik bagi golongan muda menceburkan diri dalam arena politik, kata Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nik Abduh Nik Aziz.


Nik Abduh berkata, situasi sekarang tidak seperti zaman pasca kemerdekaan di mana politik hanya menarik minat golongan tua kerana mereka hanya cenderung membaca akhbar yang diterbitkan pada masa itu.

Menurutnya, anak muda hari ini bukan sahaja berhibur dengan muzik atau filem kegemaran mereka, malah mula memberi tumpuan kepada arena politik.

“Jika dahulu anak muda sering melakukan kerja yang tidak ada kaitan dengan politik dan ia menjadi asing bagi mereka.

“Tetapi kini berbeza, di tangan mereka ada beratus-ratus maklumat dan berita mengenai politik yang mereka baca dari seluruh dunia,” katanya pada Majlis Ceramah Umum Pas yang diadakan di Balai Islam Kampung Kuala Pah, se­ma­lam.

Hadir sama, Adun Paroi, Mohamad Taufek Abdul Ghani; Pesuruhjaya Pas Me­laka, Adly Zahari; Ketua De­wan Pemuda Pas Negeri Sembilan, Khairul Anuar Wafa dan Yang Dipertua Pas Kawasan Jelebu, Kateran Marman.

Nik Abduh berkata, Pas turut memberi kepercayaan kepada golongan muda untuk menjawat jawatan pesuruh­jaya Pas negeri.

Menurutnya, hal itu dibuktikan dengan kedua-dua jawatan tersebut disandang oleh golongan muda di Melaka dan Negeri Sembilan.

“Tidak ada di tempat lain jawatan pesuruhjaya ini disandang oleh orang muda kecuali Melaka dan Negeri Sembilan.

“Ini membuktikan Pas percaya orang muda mampu meneruskan perjuangan Pas dan membuat kerja-kerja untuk parti bagi mencapai matlamat perjuangan,” katanya.

Beliau berkata, Pas adalah parti Islam dan perjuangan Pas mudah iaitu mahu membawa orang Melayu kembali kepada agama Islam.

“Namun ada segelintir mengatakan Pas membawa Islam yang tidak betul. Apabila orang mendengar seruan kembali kepada Islam, adakah ia tidak berguna?,” katanya.

Katanya, kepercayaan diberikan rakyat di kedua-dua buah negeri itu me­nunjukkan mereka yakin dengan perjua­ngan Pas meskipun diketuai oleh golongan muda.

Sinar Harian

SPR cuba alih perhatian

SPR cuba alih perhatian:
24 Muharram 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU – Penggunaan dakwat kekal dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) seperti yang dinyatakan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof belum ada hitam putih.


Pengarah Jentera Pilihan Raya Pas Kelantan, Wan Nik Wan Yusof berkata, walaupun SPR menyatakan persetujuan untuk menggunakan kaedah tersebut, ia belum ada kata putus daripada pihak kerajaan.

Menurutnya, pengumuman itu mungkin hanya untuk mengalih perhatian orang ramai kepada isu lain yang lebih serius seperti pertindihan daftar pemilih yang masih belum diselesaikan sepenuhnya.

“Setakat ini, kita lihat SPR akan bersandarkan kepada kabinet, menteri atau Parlimen, kita hanya boleh mempercayainya selepas ia diumumkan secara rasmi oleh kerajaan. Mungkin juga ia hanya untuk memberitahu kepada rakyat bahawa SPR melakukan sesuatu untuk menjadikan pilihan raya lebih adil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Abdul Aziz yang bersetuju memenuhi salah satu tuntutan Bersih 2.0 itu semalam.

Contoh dakwat kekal yang akan digunakan sudah dihantar ke Jabatan Kimia untuk pengesahan kandungan sebelum dikemukakan kepada kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Kementerian Kesihatan untuk tindakan susulan.

Dakwat kekal ‘silver nitrate’ yang akan digunakan digunakan di beberapa negara bagi memastikan pilihan raya berjalan secara adil dan ianya berbeza dengan dakwat kekal yang disyorkan pada PRU 12.

Sementara itu, Timbalan Exco Negeri Kelantan, Abdul Fatah Harun berkata, rakyat mahukan PRU 13 berjalan adil dan bebas daripada sebarang bentuk keraguan.

“Buatlah apa saja asalkan rakyat berpuas hati dan penggunaan dakwat kekal hanya salah satu daripadanya sedangkan SPR sewajarnya terlebih dahulu menyelesaikan isu lain yang lebih besar,” katanya.

Katanya, aduan mengenai wujudnya pengundi hantu dalam daftar pemilih sehingga ke hari ini belum ada jawapan meyakinkan sehingga rakyat menilai sendiri kredibiliti SPR itu sendiri.

Sinar Harian

‘Sayalah yang perkenal Auku’ - Dr. Mahathir

‘Sayalah yang perkenal Auku’ - Dr. Mahathir:


Dr Mahathir mengakui beliaulah yang memperkenalkan Auku semasa menjadi Menteri Pelajaran, yang kini menjadi kemelut antara Kerajaan dan Mahasiswa.


Kerana Akta tersebut juga, Najib telah dimalukan (SINI) bilamana bendera beliau diturunkan dari PWTC oleh sekumpulan Mahasiswa..

Bukan itu saja malah Mahasiswa yang menurunkan bendera Najib itu juga diancam akan diludah oleh sekumpulan pencacai UMNO ( SINI )dan Mahasiswa tersebut juga telah cuba ditumbuk dihadapan Polis oleh pencacai UMNO ( SINI )

‘Sayalah yang perkenal Auku’

SHAH ALAM – Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan jika hari ini penuntut universiti lebih dewasa dan bertanggungjawab, batalkan sahaja Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).

Dr Mahathir mengakui beliaulah yang memperkenalkan Auku semasa menjadi Menteri Pelajaran.

Menurutnya, penuntut universiti tentu tidak suka dengar pendapatnya kerana penuntut Melayu amat marah mengenai Auku.

“Saya rela dimarahi sesiapa sahaja, tetapi saya tidak berniat buruk semasa memperkenalkan Auku.

“Bagi saya peningkatan kebolehan bangsa saya adalah lebih penting dan utama daripada apa kecaman terhadap diri saya,” katanya yang dipetik dari laman blognya, chedet.cc/blog pada 2008.

Menurutnya, pengorbanan dipohon daripada penuntut hanya sedikit. Masa menuntut tidak begitu lama, hanya tiga atau empat tahun.

“Setelah lulus, tumpukan sepenuh masa untuk kegiatan politik atau lain-lain jika menjadi minat utama kerana pada masa itu kita tidak habiskan wang orang lain. Kita habiskan duit dari titik peluh sendiri.

“Saya percaya orang yang bertanggungjawab dan tahu kenang budi seperti ini akan menjadi manusia dan pemimpin politik lebih baik,” katanya.

Beliau berkata, jika kita sanggup menghabiskan duit orang, kita hampakan harapan orang, sebaliknya kita tidak rela menggunakan duit dan masa kita sendiri untuk sesuatu yang kita gemar.

“Maka tidaklah kita dapat berkata yang kita begitu prihatin dan rasa bertanggungjawab terhadap masalah negara kita,” katanya.

Menurutnya, penuntut Melayu berminat de­ngan kegiatan politik dan suka melibatkan diri dengan demons­trasi jalanan serta aktiviti politik lain yang mengambil masa mereka di universiti.

“Tindakan sedemikian menyebabkan tumpuan mereka kepada penguasaan ilmu tentu kurang dan ianya merugikan mereka dan masya­rakat Melayu jika mereka gagal.

“Apakah kerana mereka tidak boleh berdemonstrasi dan lain-lain maka mereka menjadi kurang berpengetahuan dalam bidang politik. Tidak juga,” katanya.

Dr Mahathir menegaskan, mereka boleh adakan forum perbahasan dalaman antara universiti dan mendapatkan pakar yang tidak mempunyai kepentingan politik untuk memberi syarahan dan sesi soal jawab.

“Tanpa terlibat secara langsung dengan aktiviti berparti, mereka boleh menguasai dan memahami politik.

“Kegiatan seperti ini, tidak memisahkan mereka daripada menumpukan masa me­nguasai ilmu,” katanya.

Beliau berkata, harus di­ingat bahawa pembiayaan bagi setiap penuntut sama ada yang mendapat biasiswa atau tidak, datang daripada duit rak­yat. Duit itu disalurkan de­ngan rela hati kepada mereka kerana kepentingan penuntut dan ilmu yang dituntut mereka yang akan menjamin masa depan cerah bagi mereka.

“Jika dilihat selepas 15 tahun merdeka, bilangan kelulusan daripada universiti tidak ramai terutamanya Melayu.

“Jumlah jurutera, doktor perubatan, arkitek dan lain- lain ahli profesional adalah kecil dan ia amat menyedihkan,” katanya.

Menurutnya, setelah Da­sar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan, maka jumlah penuntut di tiga universiti tempatan sudah bertambah. Ttetapi kemasukan sahaja tidak dapat menambah jumlah Melayu berpelajaran tinggi jika ramai yang diterima masuk tidak lulus dan tidak berjaya memperoleh ijazah.

“Kita terpaksa menerima hakikat bahawa ramai pe­nuntut Melayu dan Bumi­putera lain hanya diterima masuk universiti memiliki kelulusan yang kurang baik daripada penuntut bukan Melayu,” katanya.


Sinar Harian

Turun Bendera Najib, kami tidak akan minta maaf!

Turun Bendera Najib, kami tidak akan minta maaf!:




KUALA LUMPUR, 19 Dis — Kumpulan mahasiswa yang menurunkan bendera wajah Datuk Seri Najib Razak di pekarangan ibu pejabat Umno di sini kelmarin menegaskan, mereka tidak akan memohon maaf kepada perdana menteri atas insiden itu.

Sebaliknya, pemimpin Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas), yang mengadakan demonstrasi membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sebelum insiden itu berkata, pihaknya tidak nampak perlunya mereka harus memohon maaf.

“Kami tidak akan meminta maaf. Kita tak perlu meminta maaf. Tindakan menurunkan bendera Datuk Seri Najib selama lima minit dan kemudian dinaikkan semula seharusnya dilihat sebagai satu mesej jelas mahasiswa bahawa perdana menteri perlu serius mendengar suara kami, suara rakyat” kata Pengerusi SMM Ahmad Syukri Abdul Razak ketika dihubungi The Malaysian Insider tengah hari ini.

Memorandum itu diserahkan kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah di pekarangan ibu pejabat Umno petang kelmarin.
Sebelum itu, mereka menyerahkan memorandum kepada wakil Suhakam.

Difahamkan insiden menurun dan menaikkan semula bendera wajah Najib terjadi sebelum majlis penyerahan memorandum kepada Saifuddin.

Dalam kenyataan dikeluarkan tengah hari tadi, Saifuddin mengulangi pendiriannya mengutuk perbuatan menurunkan bendera wajah Najib tetapi menegaskan, insiden itu tidak akan mengganggu komitmen kerajaan meminda AUKU.

Saifuddin menambah, beliau membuat kenyataan ini bagi mengulangi dan menjelaskan pendiriannya seperti yang telah nyatakan dalam Twitter dan Facebook kelmarin bahawa insiden menurunkan bendera gambar Najib selaku Presiden Umno di PWTC adalah perbuatan terkutuk.

“Dan bahawa pihak yang bertanggungjawab iaitu SMM dan Gerakan Bebas mesti meminta maaf,” katanya lagi.

Pemuda Umno juga mengecam insiden itu semalam.

Saifuddin menambah: “Saya ingin menjelaskan bahawa kehadiran saya di tempat insiden itu hanyalah semata-mata untuk menerima Memorandum daripada SMM dan Bebas.”

Mengulas lanjut pendirian mereka, yang diputuskan malam tadi, Ahmad Syukri berkata tindakan menurunkan bendera, yang dipercayai dilakukan oleh seorang peserta demonstrasi, sebenarnya tidak menggugat kedudukan mana-mana pihak termasuk Najib sendiri.

Bagaimanapun jelas beliau, pihaknya ingin menyampaikan mesej yang jelas kepada Najib dan ahli-ahli politik supaya jangan membuat kenyataan bersifat retorik dan sandiwara semata-mata.

“Kita telah melihat sandiwara politik sejak kebelakangan ini, bermula dari 16 September, bahawa ISA, peruntukan Akta Polis akan dimansuhkan bagi memberi kebebasan perhimpunan, tetapi lain yang berlaku.

“Datuk Seri Najib kata mahu memansukan peruntukan dalam AUKU tetapi masih mahu membuat rayuan (berhubung kes empat pelajar UKM). Jadi, bagi kami ini semua satu sandiwara politik,” kata beliau lagi sambil menambah, “mahasiswa mahu memberi amaran dan mesej yang jelas kepada kerajaan, kepada perdana menteri.”

“Insiden menurunkan bendera hanyalah ekspresi, luahan perasaan pelajar. Kalau retorik politik ini berterusan, mahasiswa akan menggerakkan seluruh tenaga pelajar untuk mengubah rejim semasa menerusi saluran demokrasi nanti,” katanya lagi.

Ketika ditanya apakah tindakan mereka enggan memohon maaf bertentangan dengan pendirian sederhana diperlihatkan oleh Saifuddin yang sanggup menerima memorandum mereka kelmarin, Ahmad Syukri berkata, pihaknya tidak melihat ia akan menjejaskan imej timbalan menteri itu.

“Sebaliknya kami berharap Datuk Saifuddin akan lebih berani memperjuangkan keterbukaan dan kepentingan generasi muda,” katanya lagi.

Sumber: [TMI]

Isu Turun Bendera: Mahasiswa Mahukan Perubahan

Mesej yang jelas, mahasiswa turunkan bendera ekoran ketidakpuasan mereka akan rejim si bendera yang diturunkan.



Ini rasionalnya:



17 disember diisytiharkan Hari Kebebasan Akademik.

Filem Pendek: Tomato


kredit kepada:

Filem Pendek: Rokok dan Kopiah


kredit to: MatLutfi90