Wednesday, October 10, 2012

Report "Bicara Survival Ummah"

Alhamdulillah, meskipun hujan lebat sejak awal petang lagi, namun ianya bukan penyebab untuk pihak urusetia membatalkan program ini. Program ini diteruskan juga dengan lokasi forum berpindah ke Masjid Bt 10 Cheras.

Semangat tidak berputus asa pihak urusetia untuk memastikan program ini diteruskan sewajarnya dipuji. Berhadapan dengan situasi sebegini bukanlah mudah. Penulis percaya, program ini telah dirancang dengan rapi, tentunya selepas beberapa rentetan mesyuarat yang mendambakan akan masa dan komitmen mereka. Justeru, untuk membuat keputusan mudah dengan membatalkan program bukanlah pilihan urusetia.
Ust Saupi
Dr Raja Iskandar


Ust Fakhrurrazi


Program yang dipengerusikan oleh Ust Saupi Azran selaku moderator forum berlangsung bersama Dr Raja Iskandar dengan wacana nasib saudara kita di Rohingya, Ust Fakhrurrazi dengan isu terpinggirnya nasib saudara kita di Sulu, dan Sdr Hairie Othman dengan semangat hijrahnya.

Sdr Hairie Othman

Pada awal dan akhir program, hadirin disajikan dengan selawat cinta kepada rasulullah (Selawat Tobibiyah) yang dipimpin oleh Ust Fakrurrazi sendiri. Penulis terpana sebentar. Menghayati alunan selawat yang mendayu dan merdu. Penulis bersetuju dengan lontaran rasa Ust Fakrurrazi, beliau menekankan bahawa selawat sebegini amat penting agar kita tersedar akan keculasan diri kita sepanjang masa menginggati kecintaan kita kepada junjungan besar kita, Nabi Muhammad saw.

Tahniah sekali lagi kepada penganjur program. Diharap program sebegini ada rentetannya selepas ini. insyaALLAH

Urusetia

BICARA SURVIVAL UMMAH, 9 MLM INI


JOM PAKAT-PAKAT MERAMAIKAN,

BICARA SURVIVAL UMMAH
bersama 
DR RAJA ISKANDAR AL HISS (PRESIDEN SEARMY), 
UST FAKHRURRAZI (HARUM), &  
HAIRIE OTHMAN (ARTIS)

pada 
9 MALAM INI, 

di
PADANG AWAM TAMAN KOTA CHERAS FASA 1 
(BELAKANG PETRONAS) 

             SATU LAGI PROGRAM ANJURAN BIRO PEMUDA MASJID BATU 10, CHERAS